Semoga Murah Rezeki

by - 2:10 AM

Setiap hari nampak ada orang jual baju kat Tiktok. Yang paling mendominasi, baju tido lah. Ada yang jual baju tido satin, ada yang jual baju tido cotton premium pair ada yang jual baju saja. Aku pun dah terjebak beli baju tidur lengan blouse dgn Tik Tok user nama @MakTeh

Aku rasa macam wehhh gigihnya semua orang yang jual dalam live ni. kadang kena ulang banyak kali sebab ada user tiktok baru masuk. Kadang kena ulang tunjuk design banyak kali. Kadang-kadang lamaaa sangat buat live takde pembeli jugak.

Aku nampak macam-macam jenis penjual dari yang dapat beratus viewers sampailah yang 19 je viewers. Pastu dari yang mudah dapat customer sampai lah yang susah dapat customers. Aku kadang-kadang rasa nak beli sebab kesian jer haha tapi kena kesian kat diri sendiri dulu. Semoga murah rezeki lah semua peniaga yang berjualan di TikTok dan di mana-mana social media pun.

Got me thinking like aku ni taknak jual apa2 ke? Asyik habiskan duit je beli itu beli ini. Dah ada hobby shopping ni kena ada hobi suka cari duit lah pula. Kena ada balance between duit masuk dan duit keluar.

Dah lah skincare aku mahal huhuhu. Total semua sekali ada laa dalam rm100-rm200. Makan setiap hari food panda. Pastu suka beli air coffee mahal-mahal. Bulan August ni memang tak berjimat langsung laa. Memang aku berbelanja macam tak ingat dunia.

Adoii apa laaa. Dah lah aku akan berhenti kerja tak lama lagi. Aku harap aku boleh buat bisnes dengan baik selepas ni dan dapat income rm2000 dan ke atas konsisten setiap bulan. Aminn. Tapi tu lah aku masih tak tau nak buat bisnes apa. Aku rasa macam nak buat bisnes skincare tapi tak yakin pulak huhu.

Entah lah nokk. Nanti lah fikir balik.


Happiness is buying new baju tido for yourself








You May Also Like

0 Comments