Lagi 10 hari umur Ziyad akan masuk 5 bulan. Kejap je budak ni cepat membesar. Teringat waktu lepas raya haritu masa Cikda masih dalam pantang, rasa macam kecik sangat Ziyad masa tu. Ye lah newborn kan.
Now dah panjang and berisi. Pejal sangat badan dia sampai nak pegang pun dah yakin nak pegang ganas-ganas. Ziyad pun makin lasak sekarang, tengoklah whatsapp story Cikda kat bawah nih
Semoga membesar dengan sihat Ziyad. Lagi sebulan 10 hari dah boleh makan solid food. yayy!
0 Comments