Hello. Jemput masuk blog baru Azie!
So I decided to create a new blog! Hehe
Sebenarnya dah lama rasa macam nak create a new blog sebab rasa macam I need a new start. Fresh start. Sebab rasa macam nak blog yang lebih clean dan teratur. Tapi sayang nak buang content kat blog lama. So here I am!
Padahal benda sekecil-kecil perkara in life pun matters kan. Macam sekarang Azie baru graduate study kan, I suddenly rasa macam I have no memory regarding apa Azie buat masa study, apa challenges I faced, how I overcome the challenges and what not.
Selalu rasa macam best nya kalau I keep a diary back then. Boleh selak-selak semula and baca pastu feeling, wow I feel proud of myself because I was so strong, I did not give up! Hahah
Makanya, I decide nak start balik blogging and nak jadikan this blog macam my personal diary merangkap my personal branding.
Tapi takde lah Azie nak tulis benda merepek2 di sini. Cadangnya nak tulis macam-macam perkara kepada sekecil-kecil benda sampai lah ke sebesar besar benda hehe
InsyaAllah nak tambah content pasal:
1. My Life/Diary yang significant. Ala-ala bittersweet memories macam tu.
2. Business-related content: Peluang kerjaya dalam bisnes dan my journey in this business.
3. Kesihatan - Segala ilmu yang dah dipelajari dalam bidang Dietetik tidak akan disia-sia kan dan akan ditulis disini supaya ia menjadi manfaat kepada orang yang datang ke blog Azie jugak. Sebab Azie percaya a healthy diet + good supplementation is essential for health, so I combine this segment dengan kebaikan produk Shaklee.
4. Kecantikan - Sebagai perempuan mesti lah kita nak nampak cantik kan? Nak nampak more presentable. Untuk kepuasan diri kita sendiri juga. So Azie plan nak belajar dan share lebih banyak dalam segment ni.
- Agama - Ilmu agama pun penting jugak kan sebab kita kalau boleh nak dua-dua, dunia dan akhirat. So untuk buat Azie lebih istiqamah belajar ilmu Fardhu Ain, Azie berazam nak share ilmu-ilmu yang Azie dapat dari pengajian talaqqi BS kat sini. InsyaAllah.
Okay itu saja plan Azie setakat ni. Maybe in future akan tambah lagi kot content macam masakan, kdrama atau apa-apa saja yang Azie nak share. Afterall this is my space, my world. So tengok lah macam mana hehe.
Okay setakat itu saja. Bye bye. See you in next post!
0 Comments