Buat Program di FB Page Jom Makan, Anakku.

by - 12:53 AM

This is a long overdue post tapi sebab Azie rasa I need to document this so that I can read about this in future, so here I am writing about the program yang Azie and my team conduct for our community nutrition placement subject.




Initially, we were supposed to conduct a physical program tapi since covid-19 pandemic strikes in Malaysia and everyone kena stay at home and practice physical distancing, maka this subject need to be conducted virtually through online platform with e-community.

Maka, disebabkan itu, physical program kami telah diubah kepada virtual program. So lecturer kita orang iaitu Dr Hazirah bagi kebenaran nak pilih mana-mana media social platform nd my group decided to choose FB Page as our platform.

Maka terhasillah FB Page Jom Makan, Anakku.




Target participants kami adalah para ibu bapa yang dah mempunyai bayi atau anak dari umur baru lahir sampai mereka berumur 12 tahun. Tema yang diberikan kepada kami adalah Childhood Stunting ataupun Masalah Bantut/Pendek dalam Kalangan Kanak-Kanak. 

Group Azie decide untuk kecilkan scope Childhood Stunting kepada The Right Complementary Feeding Practice atau pun Pemakanan Semasa Tempoh Weaning yang betul. 

Kita orang pilih tajuk ni sebab pemakanan ataupun nutrisi yang betul semasa bayi berada dalam fasa complementary feeding ataupun orang Malaysia lebih kenal fasa "weaning" ni, iaitu dari umur 6 bulan sampai 2 tahun sangat kritikal dan menentukan sama ada kanak-kanak tersebut akan membesar dengan berat dan ketinggian yang normal mengikut usia mereka atau ada masalah bantut/stunting.




Azie jadi leader for my own group and teammates Azie ada empat iaitu Ijah, Wan, Leen dan Fudhla. So kami divide tugas untuk Ijah dan Wan focu buat infographic posters manakala Azie, Leen dan Fudhla focus dekat educational videos. Lepas tu, we planned to conduct cooking demo dekat FB Live Streaming jugak.


Inforgraphic Posters

Tengok lah hasil kerja Wan dan Ijah. Cantikkannnnn. Dah lah banyak tau posters dorang buat. Infographic posters ni hari-hari kita orang post dekat FB Page Jom Makan Anakku.
























Tajuk Infographic Posters yang Wan dan Ijah dah buat adalah
  • Maksud Penyusuan Secara Eksklusif
  • Kaedah Penyusuan Bayi yang Betul
  • Tanda-Tanda si Comel Ingin Menyusu
  • Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
  • Jadual Penyimpanan Susu Ibu Perahan
  • Maksud Makanan Pelengkap
  • Kepentingan Makanan Pelengkap
  • Tekstur Makanan untuk Bayi Berumur 6-8 Bulan
  • Tekstur Makanan untuk Bayi Berumur 9-11 Bulan
  • Tekstur Makanan untuk Bayi Berumur 1-3 Tahun
  • Kesan Pengambilan Gula dan Garam kepada Bayi


Educational Videos

Bawah ni pulak video-video yang Azie, Leen dan Fudhla create untuk program ni.












Tajuk yang kita orang cover dalam educational videos sama je macam infographic posters cuma bila dalam videos, penerangan dia lebih panjang dan detail.

  • Pemakanan Bayi Baru Lahir Sehingga Berumur 2 Tahun
  • Nutrisi Penting Dalam Makanan Pelengkap: Karbohidrat, Protein, Lemak
  • Nutrisi Penting Dalam Makanan Pelengkap: Zat Besi, Serat, Kalsium
  • Usia Sesuai untuk Beri Makanan Pelengkap kepada Bayi
  • Tanda-Tanda Bayi Dah Bersedia dengan Makanan Pelengkap
  • Texture Makanan Pelengkap yang Sesuai untuk Tumbesaran Bayi
  • Makanan Jejari untuk Bayi


Cooking Demo via FB Live


Selain posters dan videos, group kami jugak decide untuk buat FB Live yang tunjuk demo masakan. Dan makanan yang kami masak adalah makanan jejari iaitu: Roti Telur, Nasi Kepal dan Sosej Ayam Homemade. FB Live ni of course lah buat dekat FB Page Jom Makan, Anakku.






Yang kelakarnya pasal FB Live ni, sebab both Azie dan Ijah pakai Umobile maka memang internet connection sangat-sangat teruk. Asyik ter stop jee and kita orang kena restart the Live Videos banyak kali. Tapi nak buat macam mana, itulah cabarannya huhu. Afterall, lepas ni kalau nak buat FB Live takleh pakai Umobile haha.





Behind The Scene


Bawah ni semua gambar-gambar behind the scene untuk project ni.














 







Alhamdulillah lepas habis conduct virtual program ni, kita orang dapat good feedback from our assessor dan preceptor. Memang rasa terharu lah bila baca feedback peserta. Rasa macam all hard word paid off.






 





You May Also Like

0 Comments